Lewis Hamilton pertahan watak Brad Pitt dalam F1

Astro Arena
Julai 7, 2023 10:20 MYT
Pitt makin selesa menggunakan jentera F2 sepanjang dua bulan ini yang menyaksikan mereka mengujinya buat kali pertama di Litar Paul Ricard di Perancis, kemudian di Silverstone. - Foto Astro ARENA
LEWIS Hamilton mempertahankan pelakon, Brad Pitt, untuk memegang watak sebagai pemandu Formula Satu (F1) dan pelakon Hollywood tersebut akan memulakan penggambaran untuk membintangi filem terbarunya itu dalam Grand Prix (GP) Britain, hari ini.
Pitt akan berlumba menggunakan jentera Formula Dua (F2) yang akan digunakan di antara sesi latihan di Silverstone yang tiketnya telah habis dijual demi filem berkenaan.
Difahamkan, warga Amerika Syarikat berusia 59 tahun itu akan memainkan peranan sebagai pemandu veteran yang kembali ke grid selepas 30 tahun tidak membuat kemunculan.
Ia menarik perhatian ramai berhubung umur Pitt tetapi Hamilton berkata: "Brad kelihatan seperti dia semakin muda. Dia kelihatan hebat untuk usianya.
“Sudah tentu pada mulanya ia satu topik hangat ketika kami membincangkan kisah pertama filem ini. Tetapi dia sangat cergas.

A closer look at the car Brad Pitt will drive in an upcoming Formula 1-inspired movie pic.twitter.com/zXZfPzD2K0

— Sky Sports F1 (@SkySportsF1) July 6, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Dia seorang pelakon ikonik. Dia sentiasa melakukan tugas yang luar biasa. Saya tidak dapat memberitahu anda betapa terujanya saya untuk mempunyai Brad Pitt dalam F1. Ia sesuatu yang luar biasa.”
Pitt makin selesa menggunakan jentera F2 sepanjang dua bulan ini yang menyaksikan mereka mengujinya buat kali pertama di Litar Paul Ricard di Perancis, kemudian di Silverstone.
#Lewis Hamilton #Brad Pitt #Grand Prix Britain #F2
;