Lewis Hamilton 'hantar' kereta F1, trofi kepada pesakit kanser

Agensi
Mei 14, 2019 08:20 MYT
Hamilton dan pasukan Mercedes mengaturkan untuk membawa salah sebuah kereta untuk diletakkan di luar rumah Shaw, sekaligus membolehkan kanak-kanak itu melihatnya dari dekat. - Foto The Mirror
BINTANG Formula 1 (F1), Lewis Hamilton mendedikasikan kemenangannya di Grand Prix Sepanyol kepada Harry Shaw, seorang kanak-kanak berusia lima tahun dari Surrey, yang menghidap kanser tulang.
Lapor The Mirror, Hamilton dan pasukan Mercedes mengaturkan untuk membawa salah sebuah kereta untuk diletakkan di luar rumah Shaw, sekaligus membolehkan kanak-kanak itu melihatnya dari dekat.
Turut dibawa bersama ialah trofi yang dimenangi Hamilton dalam perlumbaan di Barcelona, ​​serta sepasang sarung milik juara dunia berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, Hamilton juga merakam sebuah video ucapan dan kata-kata semangat buat Shaw.
"Harry sangat meminati kereta lumba, dan walaupun dia lemah, dia bertanya banyak soalan tentang kereta itu.
"Apa yang dilakukan Hamilton sangat menyentuh hati kami. Ia memberi makna yang sangat besar buat Harry," kata bapa Harry, James. - Sumber The Mirror
#F1 #Formula One #Grand Prix #Kanak-kanak #Lewis Hamilton #Mercedes #pesakit kanser #Petronas #Surrey #trofi
;