Lewis Hamilton dominasi GP Sepanyol

Astro Awani
Ogos 16, 2020 23:23 MYT
Lewis Hamilton meraikan kemenangan di podium dalam perlawanan GP Sepanyol di Litar de Barcelona-Catalunya, Barcelona, 16 Ogos, 2020. REUTERS
PEMANDU Mercedes Lewis Hamilton mendominasi Grand Prix Sepanyol, untuk menang perlumbaan kali ini.
Ini adalah kemenangan keempat Hamilton daripada enam perlumbaan musim ini.
Sementara itu, pemandu Red Bull Max Verstappen berada di tempat kedua.
Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas meraih kedudukan ketiga.
Kemenangan di Litar de Barcelona-Catalunya, Barcelona, ini membolehkan Hamilton kekal sebagai pendahulu dengan 37 mata.
Ini juga merupakan kemenangan ke-88 dalam karier beliau.
Hamilton kini dalam misi menyamai rekod Michael Schumacher yang menjulang gelaran juara dunia sebanyak tujuh kali.
#barcelona #De Barcelona-Catalunya #Grand Prix #Lewis Hamilton #Max Verstappen #Mercedes #sepanyol #Valtteri Bottas