Lewandowski jaring gol berganda kedua berturut-turut dengan Barcelona

Astro Arena
Ogos 29, 2022 09:15 MYT
Robert Lewandowski meraikan kejayan menjaringkan gol pembukaan pasukannya ketika perlawanan La Liga antara Barcelona dan Valladolid CF di Camp Nou stadium, Barcelona, Sepanyol, 28 Ogos 2022. (Foto AP)
BARCELONA 4 REAL VALLADOLID 0
Robert Lewandowski menjaringkan gol berganda dalam dua perlawanan liga berturut-turut ketika membantu Barcelona mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Real Valladolid dalam aksi LaLiga di Camp Nou awal pagi tadi.
Perlawanan itu turut menamatkan penantian Jules Kounde untuk melakukan penampilan pertama bersama Barca sejak tiba daripada Sevilla, di mana proses pendaftarannya terpaksa ditunda, tetapi Lewandowski sekali lagi mencuri tumpuan di atas padang.
Penyerang kebangsaan Poland itu menjaringkan satu gol dalam setiap separuh masa, di mana dia mencari 'far post' sewaktu menjaringkan gol pertama sebelum melakukan kuisan tumit bagi menjaringkan gol keduanya.
Sebagai rekod, dia turut menjaringkan dua gol ketika Barca menewaskan Real Sociedad 4-1 di gelanggang lawan hujung minggu lalu.
Pedri dan Sergi Roberto turut berada dalam senarai penjaring skuad bimbingan Xavi berkenaan, yang masih belum kalah sepanjang musim ini dengan memungut tujuh mata daripada tiga perlawanan.

1 - At 34 years and 7 days, Robert Lewandowski is the oldest player to score three goals in his first three LaLiga games in the 21st century, beating current teammate Pierre-Emerick Aubameyang 's record from last season (32 and 247). Experience. pic.twitter.com/3phNXwnYUS

— OptaJose (@OptaJose) August 28, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#barcelona #Robert Lewandowski #LaLiga
;