Lewandowski jalani pembedahan paha

Astro Awani
Disember 21, 2019 08:32 MYT
Lewandowski sudah meledak 30 gol pada separuh musim ini dengan 19 daripadanya semasa 16 aksi di Bundesliga. (Foto AP/Fail)
BAYERN Munich akan kehilangan ayam tambatan buat sementara waktu apabila Robert Lewandowski menjalani pembedahan paha.
Pemain itu akan direhatkan sejurus tamat perlawanan menentang Wolfsburg dalam saingan Bundesliga yang dijadual Sabtu.
Perkara itu disahkan jurulatih sementara Hansi Flick pada satu sidang media Jumaat.
"Robert akan menjalani pembedahan sejurus selepas perlawanan. Kami tidak mahu buang masa lagi.
"Kita akan tunggu dan lihat bagaimana keadaannya selepas prosedur itu, tetapi kami jangka dia tidak akan dapat beraksi antara 10 dan 14 hari," katanya.
Bagaimanapun, penyerang itu masih disenaraikan untuk aksi di Allianz Arena itu.
Hansi menjangkakan penyerang itu pulih menjelang pertembungan menentang Hertha Berlin pada 19 Januari.
Lewandowski sudah meledak 30 gol pada separuh musim ini dengan 19 daripadanya semasa 16 aksi di Bundesliga.
#Bayern Munich #Bundesliga #Hansi Flick #Pembedahan #Robert Lewandowski #Wolfsburg
;