Levy akui silap percaturan beli pemain Tottenham
Astro Arena
Februari 11, 2023 13:12 MYT
Februari 11, 2023 13:12 MYT
DANIEL Levy mengakui dia pernah melakukan kesilapan dalam pasaran perpindahan untuk Tottenham tetapi percaya kelab itu masih berkembang daripada segi kewangan.
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu meraih peningkatan 22.7 peratus bagi kewangan tahunan yang berakhir Jun 2022.
Begitupun, ia tidak akan meredakan kebimbangan peminat mengenai dasar perpindahan kelab memandangkan Spurs masih mengalami kemarau trofi walaupun membelanjakan lebih daripada £500 juta sejak April 2019.
Levy yang telah menjadi sasaran kritikan lantang berhubung kepimpinannya bertindak mempertahankan peranannya tetapi mengakui usahanya bukan selalunya membuahkan hasil.
"Tahap perbelanjaan kami menunjukkan kami telah melabur dalam pasukan," katanya.
"Bagaimanapun, kami cuba capai keseimbangan antara pelaburan jangka panjang dan jangka pendek.
“Inilah sebabnya proses pengambilan pemain baru kami perlu berada di dalam kelas pertama kerana sebarang kesilapan di tahap ini akan memberi impak kewangan dan sukan pada musim akan datang.
"Kami telah dan terus berasa kesan kewangan akibat menyokong pembelian pemain yang tidak berjalan seperti yang dirancang.
"Kami telah mengambil langkah untuk menambah baik jabatan ini dan kami percaya pembelian baru-baru ini mencerminkan perkara ini.
"Matlamat kami sentiasa untuk menggabungkan kestabilan kewangan kelab dan kekal kompetitif di atas padang. Kami perlu melakukan tindakan yang sesuai untuk kami dan mampan dalam jangka panjang."