Lepasi sasaran 111 emas: 'Cuti? Kita tunggu lah!', kata PM Najib

Syafique Shuib
Ogos 28, 2017 23:46 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat "wall of fame" yang mempamerkan emas ke-111 dimenangi oleh atlet Malaysia sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 malam ini. -- Foto Bernama
Ketika rakyat Malaysia meraikan pingat emas ke-111 negara yang dimenangi oleh jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang, ramai netizen tertanya-tanya jika cuti umum akan diisytiharkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya ketika meraikan detik ini pada malam Isnin sempat berjenaka kerana begitu memahami kehendak rakyat Malaysia.
“Ramai yang memuji dan ramai yang juga minta cuti di diisytiharkan.
“Ada dua kegemaran rakyat Malaysia… satu makan, dan satu lagi cuti AM.
“Tunggu dululah sebab Sukan SEA belum habis lagi. Kita tunggu dulu,” kata Najib di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.
Pingat emas yang diraih Azizulhanis Awang sekali gus menepati sasaran pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Wooot woot! 111! TAHNIAH MALAYSIA! Tahniah abah @Khairykj. Atok @NajibRazak taknak umum cuti peristiwa kee? #KL2017

— Syafiq Kyle (@iSyafiqKyle) August 28, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@hafizal_hamad mohon @NajibRazak bagi cuti ari Rabu hahaha #kamisamahero #KL2017

— Abey (@SHUHAILRONE) August 28, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tak ada ke buat announce cuti umum utk esok??? #KL2017 #111golds

— AFXQ (@fiq_yahya) August 28, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Yeayyy dah capai sasaran 111 pingat emas. Cuti ke tak? Tu yang penting! #KitaJuara #SamaSamaKitaJuara #KL2017 #SeaGames2017.

— mrandmrsaidil (@mrandmrsaidil) August 28, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Abah taknak bagi cuti sehari ke since dah capai target ni ? @Khairykj #KLSeaGames2017 #KL2017 #BangkitaBersama #111

— nádiah (@bboingboo) August 28, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC), berkata bahawa perjuangan belum berakhir kerana Malaysia sudah membayangkan untuk melepasi jumlah 111 emas serta mencipta rekod tersendiri pencapaian emas dalam sejarah sukan dwitahunan itu yang diperkenalkan pada tahun 1959.

Thank you all our @AtletMalaysia for this wonderful 60th Merdeka present! #CiptaSejarahBersama pic.twitter.com/Rs8vyyDD9t

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 28, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Azizulhasni Awang #Khairy Jamaluddin #KL2017 #Najib Tun Razak #Sukan SEA
;