Lepas main PUBG bersama baru tahu duduk sekampung!

Mariah Ahmad
Jun 11, 2018 09:14 MYT
Pasukan GANK.FTY bakal ke saringan peringkat Asia Tenggara di Thailand bagi merebut slot ke Kejohanan Dunia PUBG Global Invitational 2018 yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM3.9 juta. - Astro AWANI/Mariah Ahmad
Biarpun pertama kali berjumpa secara langsung selepas lapan bulan berlatih bersama menerusi atas talian, ia tidak menghalang untuk pasukan Gank.FTY untuk meraih tempat kedua dalam Kejohanan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) Asia Tenggara kelayakan Malaysia dan Singapura pada Ahad.
Pemain Gank.FTY, Aiman Amirul 'ManParang' Mohd Sahid berkata keserasian antara ahli-ahli pasukan tersebut dapat dirasai apabila bermain PUBG bersama-sama buat pertama kali.
"Pasukan ini baharu sahaja ditubuhkan. Kami kenal menerusi aplikasi Discord.
"Apabila kami bermain PUBG buat pertama kali bersama-sama, kami dapat merasai potensi dan persefahaman yang cukup baik antara semua ahli pasukan.
"Kami teruja untuk ke peringkat seterusnya," katanya kepada media selepas selesai kejohanan PUBG Asia Tenggara kelayakan Malaysia dan Singapura yang berlangsung di Battle Arena.
Selain Aiman, Gank.FTY turut disertai Muhamad Mukhlis 'Mzeroboyz' Mustofa, Mohamad Khairil Azri 'AlenZz' Zunaidi dan Mohamad Salahuddin 'DinieX' Mohamad Mokhti.

#PUBG Naib Juara - Gank.FTY (Malaysia) Bawa pulang hadiah wang tunai AS$750 (RM2900) Jumlah mata keseluruhan: 4035 Jumlah kills mata menewaskan musuh (kills): 64 Chicken dinner: 3#ArenaMaya #winnerwinnerROGchampions#pubgseachampionship @501Awani pic.twitter.com/G0IF5VpnuC

— Mariah A (@A_marea) June 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara perkara menarik yang dikongsikan mengenai pasukan ini adalah apabila Muhamad Mukhlis dan Mohamad Khairil mendapat tahu mereka tinggal di sebuah kawasan yang sama selepas beberapa lama bermain PUBG bersama.
"Lepas main PUBG baru kami tahu yang duduk sekampung, di Kampung Gong Badak Terengganu," kata Mohamad Khairil.
Gank.FTY yang mengutip mata keseluruhan sebanyak 4,035 membawa pulang hadiah wang tunai RM5,900.
Mereka berada di kedudukan kedua dalam kejohanan tersebut, berada di bawah pasukan Singapura, MSK.Poseidon yang mengutip mata keseluruhan sebanyak 4,160.
Gank.FTY dan MSK.Poseidon bersama dua lagi kumpulan Malaysia Redsea MP Esport serta Lapar Gaming bakal ke Thailand untuk bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik Asia Tenggara untuk memburu slot ke kejohanan dunia, PUBG Global Invitational 2018 yang menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak kira-kira RM3.9 juta.
#AlenZz #Amirul Mohd Sahid #DinieX #GANK FTY #ManParang #Mohamad Khairil Azri Zunaidi #Mohamad Salahuddin Mohamad Mokhti #Muhamad Mukhlis Mustofa #Mzeroboyz #PlayerUnknown's Battlegrounds #pubg
;