Lelaki rantai diri di tiang gol papar baju 'kad merah kepada Israel'

Astro Arena
Jun 1, 2024 14:30 MYT
Perlawanan terpaksa ditunda selepas lelaki berkenaan menggunakan rantai dan mangga tahan lasak untuk mengikat lehernya di tiang gol. - Foto Bernama
SEORANG lelaki merantai dirinya di tiang gol sebelum perlawanan pusingan Kelayakan Euro Wanita 2025 di antara Scotland dan Israel di Stadium Hampden, Glasgow awal pagi tadi.
Perlawanan itu, yang dimainkan secara tertutup, terpaksa ditunda selepas lelaki berkenaan menggunakan rantai dan mangga tahan lasak untuk mengikat lehernya di tiang gol sebagai protes terhadap serangan tentera Israel di Gaza.
Apabila kedua-dua pasukan kembali ke lapangan, pemain Israel mengangkat jersi dengan menunjukkan baju yang tertera mesej "hantar mereka pulang" sebagai merujuk kepada warga mereka yang sedang berada dalam tahanan Hamas.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#lelaki rantai diri #kad merah untuk Israel #Kelayakan Euro Wanita 2025 #Scotland dan Israel
;