Leicester City pecat Cooper selepas hanya 12 perlawanan

Bernama
November 25, 2024 10:45 MYT
Cooper, yang sebelum ini pernah membimbing Nottingham Forest hanya mencatatkan dua kemenangan, dengan empat seri dan enam kekalahan daripada 12 perlawanan. - Foto REUTERS
LONDON: Leicester City mengambil keputusan memecat jurulatih mereka, Steve Cooper pada Ahad selepas hanya mengendalikan 12 perlawanan.
Cooper, yang sebelum ini pernah membimbing Nottingham Forest hanya mencatatkan dua kemenangan, dengan empat seri dan enam kekalahan daripada 12 perlawanan.
Kekalahan 2-1 kepada Chelsea di gelanggang sendiri pada Sabtu meletakkan Leicester di tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris.
Apa yang lebih menarik, Chelsea kini dibimbing oleh bekas pengendali Leicester, Enzo Maresca.
"Latihan skuad utama akan dikendalikan oleh jurulatih pasukan utama, Ben Dawson dengan sokongan daripada Danny Alcock dan Andy Hughes, sementara kelab memulakan proses melantik pengurus baharu, yang kami harap dapat diselesaikan secepat mungkin," menurut kenyataan Leicester City.
-- BERNAMA
#Leicester City #Steve Cooper #pecat #Ben Dawson
;