Legenda tinju Muhammad Ali meninggal dunia

Astro Awani
Jun 4, 2016 12:44 MYT
Media AS melaporkan keadaannya dirumitkan lagi oleh penyakit Parkinson yang dihidapi sejak tahun 1984. - Gambar fail
Legenda tinju dunia, Muhammad Ali, 74 meninggal dunia hari ini selepas dimasukkan ke sebuah hospital akibat masalah pernafasan di Phoenix, Arizona Khamis lalu.
Awal Sabtu, bintang tinju itu dilaporkan berada dalam keadaan sangat tenat, sumber dipetik sebagai berkata oleh portal AFP.
“Selepas 32 tahun bertarung dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali telah meninggal dunia pada usia 74 tahun,” kata jurucakap keluarganya, Bob Gunnell.
Tambahnya, urusan pengebumian Ali akan diumumkan pada hari Sabtu.
Media Amerika Syarikat melaporkan bahawa beliau menghidapi penyakit itu sejak tahun 1984.
Ali, yang pernah menjadi juara sukan tinju heavyweight dunia sebanyak tiga kali, terkenal dengan panggilan "The Greatest".
Ali telah dimasukkan ke hospital beberapa kali dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Beliau menghabiskan masa di hospital pada tahun 2014 selepas mengalami radang paru-paru dan sekali lagi dimasukkan ke hospital pada 2015 untuk jangkitan saluran kencing.
Menurut sumber yang dekat dengan keluarga Allahyarham, upacara pengebumian akan diumum lewat Sabtu.
Ribuan tanda simpati melimpah masuk mulai Jumaat buat kesejahteraan Muhammad Ali, yang disanjung bukan sahaja sebagai jaguh tinju namun pengorbanannya sebagai seorang aktivis.
Muhammad Ali pernah dimasukkan ke hospital sebanyak beberapa kali kebelakangan ini.
Beliau banyak menghabiskan masa di hospital sejak 2014 selepas menghidap radang paru-paru dan setahun selepas itu akibat jangkitan pundi kencing.
Penyakit Parkinson's yang dihidapi Allahyarham dipercayai berpunca dari ribuan tumbukan ketika beliau membina nama dalam sukan tinju, yang menyebabkan masalah bertutur buat dirinya.
Namun, beliau tetap gigih membuat kemunculan dan turut mengutarakan buah fikirannya melalui ahli keluarga dan jurucakapnya.
Pada April, Ali menghadiri sebuah acara gala makan malam, ‘Celebrity Fight Night’ di Phoenix bagi meraih dana untuk penyakit Parkinson’s.
Pada Disember, beliau vokal ketika mengkritik calon Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menggesa pengharaman kemasukan Muslim ke A.S.
“Muhammad Ali berjaya melakukan transformasi ke atas negara ini dan meninggalkan impak besar dengan semangatnya,” menurut promoter tinju, Bob Arum.
“Legasi beliau kini terlakar dalam sejarah dunia,” kata Arum.
#meninggal dunia #Muhammad Ali #Phoenix
;