Legenda Reds dedah ancaman sebenar Liverpool

Sinar Harian
Mac 2, 2024 16:02 MYT
Dalglish memberi amaran, kecederaan merupakan cabaran terbesar yang boleh mengagalkan peluang Liverpool merangkul kejuaraan EPL. - Gambar fail/Stadium Astro
LEGENDA Liverpool, Sir Kenny Dalglish memberi amaran, kecederaan merupakan cabaran terbesar yang boleh mengagalkan peluang kelab Merseyside itu merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan bukannya pesaing seperti Manchester City dan Arsenal.
Tegas Dalglish, situasi dalam dihadapi The Reds mungkin akan menjejaskan prestasi dalam pemburuan kejuaraan berbanding cabaran semasa Manchester City atau Arsenal.
Ketika ditanya sama ada Arsenal, yang merupakan naib juara musim lalu boleh menimbulkan risiko paling ketara kepada harapan Liverpool untuk merangkul kejuaraan, dia mengulas kelab Utara London tersebut bukan ancaman terbesar, begitu juga Manchester City sebaliknya menyifatkan krisis kecederaan sesuatu yang perlu dikhuatiri pendahulu liga tersebut.
“Bagi saya, Arsenal perlu pergi ke Manchester dan bermain dengan Manchester City yang merupakan perlawanan yang besar.
"Saya tidak tahu mengapa orang fikir Arsenal tidak mempunyai kepentingan dan ancaman, sudah tentu mereka adalah ancaman kerana layak menjadi ancaman.
“Masih banyak air yang perlu dilalui di bawah jambatan dan jika Arsenal mula mendapatkan semula pemain mereka yang telah cedera, dan kami (Liverpool) mula kehilangan pemain kami, maka ia mungkin penting.
"Manchester City jelas akan berada dalam keadaan yang sukar.
“Sungguh mengagumkan kami mempunyai tiga pasukan yang hebat dan sehebat ketiga-tiga pasukan yang mencabar kedudukan dan kejuaraan.
"Anda tidak mendapatnya di terlalu banyak negara bukan?”
Skuad asuhan Jurgen Klopp sebelum ini terpaksa mengharungi kepadatan saingan domestik tanpa kelibat pemain utama seperti Mohamed Salah, Alisson Becker, Trent Alexander-Arnold, Darwin Nunez, Dominik Szoboszlai dan Diogo Jota.
Sebelum kemenangan 3-0 Liverpool ke atas Southampton pada Rabu, menetapkan perlawanan suku akhir Piala FA dengan Manchester United, Klopp mengakui bahawa Liverpool memerlukan keajaiban untuk menyelesaikan krisis kecederaan kelab itu segera.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#Liverpool #Kenny Daglish #kejuaraan EPL #Liga Perdana Inggeris #jurgen klopp
;