Legenda lompat tinggi Dick Fosbury meninggal dunia pada usia 76 tahun

Astro Arena
Mac 14, 2023 10:40 MYT
Dick Fosbury ketika hadir pada Majlis Gala Olahraga Dunia di Monaco, pada 21 Nov 2014. - Gambar fail AP
PEMENANG pingat emas Sukan Olimpik, Dick Fosbury, yang merevolusikan sukan lompat tinggi dengan teknik 'Fosbury Flop', meninggal dunia pada usia 76 tahun pada Ahad.
Fosbury memenangi pingat emas buat Amerika Syarikat (AS) dalam Sukan Olimpik di Mexico City pada 1968 dengan menggunakan teknik baringan yang kini menjadi teknik paling kerap digunakan atlet lompat tinggi moden ketika ini.
Dengan melepasi ketinggian 2.24 meter dengan teknik itu -- yang mula diciptanya sewaktu di zaman persekolahannya -- dalam penentuan pingat temasya berkenaan, Fosbury ketika itu memecahkan rekod Sukan Olimpik dan AS bagi acara berkenaan.
Berita mengenai pemergian atlet legenda itu disahkan ejennya, Ray Schulte, menerusi satu hantaran Instagram dengan berkata: "Dengan berat hati, saya terpaksa memaklumkan bahawa rakan lama dan klien saya, Dick Fosbury, meninggal dunia dengan tenang dalam tidurnya pada awal pagi Ahad selepas serangan singkat limfoma berulang."

With his groundbreaking "Fosbury Flop" technique, Dick Fosbury not only won Olympic gold at Mexico City 1968 but also revolutionized the high jump. He was truly an Olympic pioneer and legend. Team USA pays tribute to Fosbury's remarkable life and enduring legacy. pic.twitter.com/LFA3R6TElS

— Team USA (@TeamUSA) March 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dick Fosbury #meninggal dunia #Fosbury Flop #legenda lompat tinggi Amerika Syarikat
;