Legenda bola sepak Belanda Johan Cruyff meninggal dunia akibat kanser

AFP
Mac 24, 2016 22:49 MYT
Cruyff (gambar) pernah menjulang tiga kejuaraan Piala Eropah ketika bermain dengan kelab Ajax, juga tiga anugerah Ballon d'Or pada 1971, 1973 dan 1974.
LEGENDA bola sepak Belanda, Johan Cruyff, meninggal dunia Khamis pada usia 68 tahun akibat kanser.
Berita itu diumumkan melalui akaun Twitter rasmi mendiang sebentar tadi.
Pemain kebangsaan Belanda itu pernah menjulang tiga kejuaraan Piala Eropah ketika bermain dengan kelab Ajax, juga tiga anugerah Ballon d'Or pada 1971, 1973 dan 1974.
Cruyff kemudian membimbing Barcelona untuk menjulang Piala Eropah pertamanya sebagai pengurus pada tahun 1992.

Johan Cruyff 1947-2016 (RIP) More https://t.co/Y5rif7KR4E Más https://t.co/L2BK27eyz2 Meer https://t.co/rPjPG2epxj pic.twitter.com/QcVfmeJINu

— Johan Cruyff (@JohanCruyff) March 24, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ballon d'Or #Johan Cruyff #legenda bola sepak belanda #meninggal akibat kanser
;