Legenda BMX Dave Mirra meninggal dunia
Ian Johan Ariff
Februari 5, 2016 14:44 MYT
Februari 5, 2016 14:44 MYT
Dave Mirra, 41, yang meninggal dunia pada Khamis terkenal sebagai seorang atlet BMX yang mencetuskan revolusi dalam sukan BMX.
Di sebalik itu, dalam kesibukannya sebagai seorang atlet, dia tidak pernah lupa tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
Mirra jaguh 14 kali X-Games, dikenali sebagai seorang bapa dan suami yang penyayang dan ia dapat disaksikan menerusi gambar-gambar yang dikongsikannya di Instagram.
Seringkali Mirra menggunakan #BeADadNotAFad untuk menegaskan kepentingan dan tanggungjawab menjadi seorang bapa.
Justeru berita kematiannya dipercayai akibat bunuh diri satu yang mengejutkan peminatnya di seluruh dunia.
Selepas bersara daripada sukan BMX, Mirra terus aktif dalam pelbagai jenis sukan termasuk perlumbaan rally.
Lauren sentiasa menyokong suaminya dimana Mirra merupakan model peranan kepada anak-anaknya untuk menjalani kehidupan yang aktif.
Menurut kenyataan polis Greenville, Mirra ditemui mati 4 petang Khamis akibat tembakan yang dipercayai hasil perbuatannya sendiri.
Datuk Bandar Greenville, Allen Thomas turut memuji Mirra yang disifatkan sebagai seorang yang rendah diri dan disenangi.
Mirra turut melahirkan 20 pemain BMX profesional di kawasan kejiranannya itu.