Leeds United bakal berpindah milik
Astro Arena
Jun 10, 2023 10:20 MYT
Jun 10, 2023 10:20 MYT
PENGERUSI Leeds United, Andrea Radrizzani, bersetuju untuk menjual pegangan saham majoritinya di kelab itu kepada pemilik bersama, 49ers Enterprises.
Kumpulan pelaburan Amerika Syarikat (AS) yang juga pemilik francais NFL San Francisco 49ers telah menjadi pemegang saham minoriti di Leeds sejak 2018 sebelum mengambil pemilikan penuh.
“Leeds United mengesahkan persetujuan telah dicapai di antara Aser Ventures dan 49ers Enterprises berhubung pembelian kelab ini,” kata satu kenyataan.
“Kedua-dua pihak akan terus meneliti butiran dan kemas kini lanjut akan diberikan tidak lama lagi.
“Segala tumpuan kami kekal untuk kembali pantas ke Liga Perdana Inggeris (EPL).”
49ers Enterprises meningkatkan pegangannya dalam Leeds kepada 44 peratus pada 2021 dengan pilihan untuk membeli baki 56 peratus daripada Radrizzani sebelum Januari 2024.
Tawaran asal itu bernilai sekitar £400 juta (RM2.3 bilion ) bergantung sama ada kelab yang kekal dalam EPL atau pun tidak.
Penyingkiran bulan lalu memaksa kedua-dua pihak kembali ke meja rundingan dan penilaian tanda harga hampir £170j (RM985.5j) telah pun dipersetujui.
Perjanjian itu menandakan berakhirnya pemilikan Radrizzani selama enam tahun. - Stadium Astro