Leeds lakar kejutan di Stadium Etihad

Astro Arena
April 10, 2021 00:39 MYT
Manchester City mengalami kejutan dalam usaha mereka kembali meraih takhta EPL) dengan kekalahan 2-1 di tangan Leeds United. - Foto REUTERS
MANCHESTER City mengalami kejutan dalam usaha mereka kembali meraih takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kekalahan 2-1 di tangan Leeds United yang beraksi dengan 10 pemain.
Pep Guardiola merombak kesebelasan utama City ketika mereka mengharungi saingan suku akhir Liga Juara-Juara dengan Borussia Dortmund, dan percaturannya menghukum pasukan apabila ketinggalan dengan jaringan pembukaan Stuart Dallas di penghujung separuh masa pertama.
Kad merah dilayangkan kepada kapten Leeds, Liam Cooper, kelihatan perlawanan memihak City dan mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi Ferran Torres 14 minit sebelum tamat permainan.
Tetapi skuad kendalian Marcelo Bielsa melancarkan gerakan serangan balas serta tekanan bagi mendapatkan jaringan kemenangan, Dallas bijak melakukan lorongan buat Ezgjan Alioski untuk melakukan rembatan melepasi penjaga gol City, Ederson bagi memastikan kemenangan buat Leeds.
#Manchester City #Leeds United #Liga Perdana Inggeris #EPL #Pep Guardiola #Stuart Dallas
;