Lee Zii Jia juara Terbuka Thailand
Astro Awani
Mei 22, 2022 17:33 MYT
Mei 22, 2022 17:33 MYT
BANGKOK: Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mencipta satu lagi kejayaan selepas memenangi pusingan final menerusi acara Kejohanan Badminton Terbuka Thailand sebentar tadi.
Zii Jia menewaskan pemain China, Li Shi Feng menerusi tiga set dengan kutipan mata 17-21, 21-11, 23-21 dalam aksi yang berlangsung di Impact Arena Bangkok.
Kejayaan tersebut menandakan Zii Jia menjadi pemain ketiga negara yang memenangi acara tersebut selepas Yong Kock Hin pada 2001 dan Hafiz Hashim dalam kejohanan yang berlangsung pada 2005.
BERITA LANJUT MENYUSUL