Lee Chong Wei turun selaku underdog

Astro Arena
Ogos 8, 2015 08:08 MYT
Chong Wei (gambar) kali ini berada dalam kelompok underdog. -Gambar fail
MENJELANG Kejohanan Dunia di Jakarta, Datuk Lee Chong Wei kali ini turun dengan status lain dari kebiasaan apabila dia kini berada dalam kelompok underdog.
Status itu berkait dengan rankingnya yang ketika ini berada di kedudukan ke-45 dunia.
Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, senario itu bagaimanapun tidak memberi kesan kepada bekas pemain nombor 1 dunia itu bahkan lebih menghadirkan kekuatan untuk merangkul kejuaraan.
Ranking Chong Wei mengalami kejatuhan teruk ekoran kes doping yang melanda pemain itu yang memaksa dia digantung selama lapan bulan.
Sebaik tamat tempoh penggantungan, Chong Wei telah menyertai Piala Sudirman, Sukan SEA, GP Emas Terbuka Amerika Syarikat, GP Terbuka Kanada, dan Terbuka Taiwan.
#kejohanan dunia #Lee Chong Wei #penggantungan #ranking #underdog
;