Lee Chong Wei masih belum terfikir jadi jurulatih di BAM
Astro Arena
Julai 13, 2024 08:30 MYT
Julai 13, 2024 08:30 MYT
LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, berasakan dirinya masih belum terfikir untuk kembali ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai seorang jurulatih.
Dia menjawab persoalan yang diajukan oleh penyokong badminton negara yang meminta dirinya kembali menyumbangkan penggalaman sebagai jurulatih tetapi dia lebih selesa untuk hadir serta memberikan bantuan kepada para pemain untuk menyelesaikan masalah ketika ini.
"Adakah saya pernah terfikir untuk kembali menjadi jurulatih? Saya tidak terfikir ke situ (jadi jurulatih), kalau ada masa saya akan pergi sendiri sekali atau dua kali dalam sebulan berbincang dengan mereka untuk menyelesaikan masalah bersama-sama." katanya melalui satu video tular di laman Instagram miliknya.
Sebelum ini bekas pemain nombor satu dunia itu pernah menerima tawaran daripada badan induk itu dan tawaran daripada luar negara tetapi dia masih tidak berminat ketika ini.
Chong Wei juga atara nama yang membarisi jawatankuasa Road To Gold (RTG) dalam misi membantu negara meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024. - Stadium Astro