Lee Chong Wei ketuai skuad negara di Piala Thomas
Astro Arena
Februari 26, 2016 11:08 MYT
Februari 26, 2016 11:08 MYT
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hampir pasti akan menyenaraikan Datuk Lee Chong Wei bagi mengetuai skuad negara di kejohanan Piala Thomas yang akan berlangsung pada Mei.
Sebelum ini, BAM menghantar wakil muda untuk bersaing di Kejohanan Berpasukan Asia di Hyderabad, India namun kali ini BAM tidak akan menggunakan pendekatan sama.
Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria menjelaskan pemilihan pemain akan dilakukan mengikut ranking.
Ia dilihat sebagai pilihan relevan sekiranya skuad negara mahu memberi tentangan kepada pihak lawan.
Norza akui keputusan menghantar skuad muda ke Hyderabad nyata membuahkan hasil terutama dalam mengenal pasti pemain muda yang mampu menyerlah berdepan lawan lebih berpengalaman.
Iskandar Zulkarnain hampir pasti disenaraikan setelah menampilkan aksi mantap ketika di India.