Lebih sempurna bersama Juventus - Morata
Astro Arena
November 6, 2020 10:56 MYT
November 6, 2020 10:56 MYT
ALVARO Morata berasakan 'lebih sempurna' selepas bercakap tentang kegembiraannya di Juventus selepas meneruskan rentak menjaringkan gol.
Morata meledak dua gol ketika Juve mengatasi Ferencvaros 4-1 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) semalam.
Penyerang itu meledak enam gol daripada lima penampilan dalam saingan UCL dan menjelaskan sangat gembira kembali ke Turin buat kali kedua.
"Kami sangat gembira dengan tiga mata yang diperoleh, ia sangat penting selepas memenangi dua perlawanan dan kami perlu mempertingkatkan lagi mutu persembahan," katanya.
"Sekiranya kita terus seperti ini kami boleh pergi jauh. Saya berasa baik, lebih lengkap, saya tidak lagi berusia 20 tahun dan apa yang saya harungi dalam kerjaya telah membantu saya untuk berkembang.
"Saya mempunyai semua yang saya perlukan, saya berasa dihargai dan saya mempunyai sahabat yang hebat."
Juve menjaringkan tiga gol pada setengah jam terakhir di Hungary, dengan jaringan Paulo Dybala strike dan jaringan sendiri Lasha Dvali menyaksikan Juve mendahului 4-0 sebelum Franck Boli menafikan mereka menamatkan saingan tanpa dibolosi.
Gergasi Serie A itu telah menang 10 daripada 14 perlawanan di tempat lawan dalam saingan UCL.
Pertahanan Juve, Giorgio Chiellini, menggesa pasukannya terus berkembang selepas meraih enam mata dalam saingan Kumpulan G.
"Kami berpuas hati dengan hasilnya, tetapi kami boleh melakukan yang lebih baik," katanya.
"Kami melakukan terlalu banyak kesilapan, turut permainan kami menurun tetapi Juventus memerlukan peningkatan.
"Kami perlu membuat keputusan yang betul dan menamatkan perlawanan dengan lebih awal."
Menghuni tangga ketiga liga, Juventus bakal berdepan Lazio di tempat lawan Ahad ini.