Larian Arjen Robben cecah 37km/j tetapi mengaku tidak sepantas Usain Bolt
Astro Arena
Jun 29, 2014 17:31 MYT
Jun 29, 2014 17:31 MYT
Bintang Bayern Munich dan Belanda Arjen Robben dilaporkan mencatat kelajuan 37km/j ketika berlari dalam perlawanan menentang Sepanyol.
Catatan yang telah dilakukan itu bukanlah catatan rasmi dan pemain sayap itu sudah mengetahui catatan yang dilakukan tidak sah.
Pemain sayap itu dilaporkan mencatat kelajuan 37 kilometer sejam ketika Belanda menewaskan Sepanyol pada perlawanan pembukaan di Salvador 13 Jun.
Setelah mendapatkan kelajuan rasmi ialah 31km/j - pemain itu tidak merasa terkejut, kerana dengan dia mungkin setaraf pelari terpantas dunia Usain Bolt dengan catatan awal yang telah dilakukan.
"Saya sudah mengetahui ia (37km/j) sangat melampau," ujar Robben. "Saya tahu kemampuan saya untuk berlari laju tetapi tidaklah sepantas Usain Bolt!"
The Flying Dutchman yang kini sedang membuat persiapan akhir sebelum perlawananan menentang Mexico dan Robben yakin perancangan rapi Louis Van Gaal akan membantu kami mara ke pusingan seterusnya.
"Van Gaal telah memberikan persediaan yang rapi untuk pemain muda dengan sempurna dari permulaan kempen, dan mereka yang banyak menyumbang dalam pasukan ini."
Belanda yang mempunyai peluang yang lebih cerah dari Mexico untuk mara dengan akan bertemu Costa Rica ataU Greece pada pusingan seterusnya, jelas perjalanan mereka ke perlawanan akhir semakin jelas. Tetapi Robben tidak melihat sedemikian.
"Kami mampu menang ke atas Mexico, tetapi kami harus waspada dengan ancaman Mexico."
"Kami perlu mengambil setiap perlawanan demi satu untuk memastikan kami ke perlawanan akhir, itu misi kami." -- Astro Arena