Pegawai perlawanan dihukum 18 bulan penjara
Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman setahun setengah penjara terhadap seorang pegawai perlawanan bola sepak selepas didapati cuai semasa kejadian rempuhan di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur 22 Oktober tahun lalu.
BERITA PENUH DI SINI.
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Arema FC didenda RM75,950
Pasukan bola sepak Arema FC didenda 250 juta rupiah (RM75,950) oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) susulan tragedi berdarah di Stadium Kanjuruhan, Malang.
Pasukan itu juga dilarang mengadakan sebarang perlawanan di bandar itu.
BERITA PENUH DI SINI.
Waris mangsa terima wang pampasan
Lembaga Eksekutif Pertubuhan Islam Nahdlatul Ulama (PBNU), Ahmad Fahrur Rozi memaklumkan waris mangsa yang terlibat dalam insiden yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia akan diberikan wang pampasan.
Dalam sebuah kenyataan kepada media Indonesia, beliau memberitahu setiap individu yang merupakan waris mangsa terkorban akan menerima 5 juta Rupiah (RM1,521).
BERITA PENUH DI SINI
Skuad B-16 beraksi di stadium kosong di Bogor
SKUAD Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan akan menamatkan baki tiga perlawanan Kumpulan B saingan Kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Bogor, Indonesia di stadium kosong, susulan insiden rusuhan yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Malang, baru-baru ini.
BERITA PENUH DI SINI
Dari Hillsborough ke Kanjuruhan: Jangan biarkan insiden begini berulang lagi
Mangsa yang terselamat dalam tragedi bola sepak Hillsborough mengirimkan mesej tanda simpati kepada kejadian yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Sabtu malam.
Dalam kejadian Hillsborough, kejadian menyebabkan 96 penyokong bola sepak Liverpool yang tidak bersalah meninggal dunia.
BERITA PENUH DI SINI.
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Krisdayanti titip doa buat mangsa terkorban
Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti meluahkan rasa sedih susulan insiden rusuhan yang berlaku ketika perlawanan bola sepak di Jawa Timur, Jakarta yang meragut nyawa seramai 127 orang.
Menerusi hantaran di Instagaram, Krisdayanti, 47, turut terkesan dan berduka dengan kejadian tersebut serta mendoakan mangsa yang terkorban ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
BERITA PENUH DI SINI.
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Sekurang-kurangnya 17 kanak-kanak maut, tujuh cedera
Sejumlah 17 kanak-kanak antara 125 mangsa yang terkorban dalam tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur pada Sabtu, kata pihak berkuasa.
Siasatan terperinci kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden tersebut, yang merupakan kejadian kedua terburuk dalam sejarah bola sepak dunia.
BERITA PENUH DI SINI.
Malaysia sedia hulur bantuan
Malaysia bersedia menghulurkan sebarang bentuk bantuan sekiranya diperlukan oleh kerajaan Republik Indonesia khususnya Kementerian Pemuda dan Olahraga negara berkenaan susulan daripada insiden rusuhan pada perlawanan bola sepak Sabtu lepas.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ini kerana Indonesia bukan sekadar negara jiran kepada Malaysia bahkan merupakan sahabat serta saudara serumpun yang akan senantiasa ditemani ketika berdepan detik-detik sukar.
BERITA LANJUT DI SINI
Nyalaan lilin, nyanyian Indonesia Pusaka sebagai tanda memperingati mangsa korban
Persatuan Penyokong Bola Sepak Lampung berkumpul dalam acara penghormatan terakhir sebagai tanda memperingati mangsa tragedi di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, malam tadi.
Memetik laporan Kompas, acara bermula dengan nyalaan lilin di pintu masuk Stadium Sumpah Pemuda Badak Lampung, Kompleks PKOR Way Halim, Bandar Lampung.
BERITA PENUH DI SINI.
Tingkat prosedur kawalan orang ramai di venue sukan
Prosedur kawalan orang ramai yang berkesan di venue sukan memainkan besar dalam mengelakkan kejadian tidak diingini, seperti tragedi berdarah yang mengorbankan lebih 150 orang dalam rusuhan selepas perlawanan bola sepak di Indonesia pada Sabtu, di negara ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker berkata selain mengharapkan penyokong dapat mengawal emosi, anggota penguat kuasa yang bertugas di venue, juga perlu bijak dalam mengawal keadaan dan provokasi supaya tidak mencetuskan suasana lebih tegang.
BERITA LANJUT DI SINI
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Malaysia ambil iktibar - Faizal Azumu
Malaysia akan mengambil iktibar insiden rusuhan yang berlaku selepas perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia, pada Sabtu malam yang mengorbankan 125 orang setakat ini bagi mengelakkan tragedi itu daripada berlaku di negara ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau juga akan berhubung dengan rakan sejawatan di negara itu bagi menawarkan bantuan.
BERITA LANJUT DI SINI.
Semakan semula sahkan jumlah korban 125 orang - Polis Indonesia
Polis Indonesia malam ini menjelaskan semakan semula jumlah mangsa tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur, mendapati angka sebenar korban ialah 125 orang.
Jurucakap pasukan itu berkata, perbezaan jumlah mangsa yang dilaporkan sebelum ini disebabkan kesilapan dalam rekod kematian di 10 hospital yang mengendalikan mangsa.
BERITA PENUH DI SINI
Insiden di Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah bola sepak dunia
Rusuhan penyokong pada aksi Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya mengatasi tragedi di Stadium Accra Sports, Ghana yang mengorbankan 126 nyawa.
Insiden di Lima, Peru kekal sebagai tragedi terburuk selepas 328 orang terkorban ketika aksi kelayakan Olimpik Tokyo antara Peru dan Argentina pada 24 Mei 1964.
BERITA PENUH DI SINI
Punca kematian bukan akibat rusuhan, kehadiran lebih kapasiti - Menteri
PUNCA kematian lebih 170 mangsa ketika perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan di Jawa Timur pada Sabtu bukan akibat rusuhan antara penyokong Arema FC dan Persebaya.
Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD, menjelaskan kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas.
BERITA PENUH DI SINI
Anak tunggal jadi yatim piatu sekelip mata
Pasangan suami isteri, M Yulianton dan Devi Ratna antara mangsa yang terkorban dalam dalam rusuhan penyokong ketika aksi Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, semalam.
Memetik laporan Kompas, pasangan suami isteri yang merupakan penyokong Arema FC atau Aremania itu dipercayai terjatuh di tangga stadium berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI
Liverpool FC turut kongsi kesedihan
We are deeply saddened to hear of the events at Kanjuruhan Stadium, Malang, Indonesia.
— Liverpool FC (@LFC) October 2, 2022
The thoughts of everyone at Liverpool Football Club are with all those affected at this time.
FAM kaji SOP penyokong di stadium Malaysia
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memperketatkan kawalan masuk ke stadium sebagai mengambil iktibar daripada insiden rusuhan di Indonesia malam tadi.
Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman berkata walaupun Malaysia mempunyai kawalan keselamatan yang baik di stadium, langkah berjaga-jaga perlu bagi mengelakkan insiden di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur yang meragut ratusan nyawa itu, daripada berlaku di negara ini.
BERITA PENUH DI SINI
Siasat penggunaan gas pemedih mata - Amnesty Indonesia
Pihak berkuasa Indonesia digesa menyiasat penggunaan gas pemedih mata di dalam stadium susulan kejadian rusuhan bola sepak di Stadium Kanjuruhan Kabupaten Malang, Jawa Timur pada Sabtu malam.
Pengarah Eksekutif Amnesty International Indonesia, Usman Hamid berkata gas pemedih mata tidak boleh dilepaskan dalam kawasan tertutup mengikut garis panduan stadium oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
BERITA PENUH DI SINI
Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata leraikan pergaduhan
Sidang media Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI)
Kematian bukan kerana pergaduhan antara penyokong - PSSI
Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengesahkan mangsa yang terkorban dalam kejadian rusuhan bola sepak di Stadium Kanjuruhan Kabupaten Malang, Jawa Timur bukan berpunca daripada pergaduhan antara penyokong.
Sebaliknya, Setiausaha Agungnya, Yunus Nusi berkata mangsa yang terkorban dipercayai akibat sesak nafas, terhimpit serta dipijak ketika para penyokong cuba untuk keluar daripada stadium berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI
PSSI gantung Liga 1 selama seminggu
Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menggantung perlawanan Liga bola sepak utama Indonesia, Liga 1 selama seminggu susulan rusuhan bola sepak di Stadium Kanjuruhan Kabupaten Malang, Jawa Timur Indonesia pada Sabtu malam.
Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan dalam kenyataan berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa Indonesia untuk menyiasat insiden berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI
Arema FC mohon maaf, sedia bertanggungjawab
Jokowi arah hentikan perlawanan, siasat punca kejadian
Kerajaan Indonesia mengarahkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menghentikan sementara perlawanan bola sepak Liga 1 sehingga prosedur penilaian dan keselamatan dilakukan susulan kejadian rusuhan bola sepak di Stadium Kanjuruhan Kabupaten Malang, Jawa Timur.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Jokowi arah henti perlawanan Liga 1, mula prosedur siasatan
Arema FC sedia bertanggungjawab
Kelab Bola Sepak Arema FC akan bertanggungjawab terhadap mangsa kejadian rusuhan bola sepak di Stadium Kanjuruhan Kabupaten Malang, Jawa Timur Indonesia sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 129 individu terkorban.
Pengerusi Jawatankuasa Arema FC, Abdul Haris dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga akan membentuk pasukan Crisis Center atau Pusat Informasi Korban bagi menerima laporan serta mengendalikan mangsa yang dirawat di hospital.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Jokowi arah liga bola sepak Indonesia dihentikan sementara
Presiden @jokowi memerintahkan menghentikan Liga sepakbola indonesia sampai dengan evaluasi menyeluruh sudah selesai.
— IG chchotimah (@ChusnulCh__) October 2, 2022
Presiden Jokowi juga Perintahkan Kapolri Investigasi Tuntas Kericuhan Laga Arema FC vs Persebaya.https://t.co/OWbsnsvsWE pic.twitter.com/YfQRgUy4Wu
Kompas TV lapor 129 angka korban terkini
Kericuhan terjadi pasca pertandingan Arema FC vs Persebaya pada Sabtu (1/10) malam. Menurut Kapolda Jatim, hingga Minggu (2/10) pagi dilaporkan 129 korban meninggal dunia.
— KOMPAS TV (@KompasTV) October 2, 2022
Simak informasi selengkapnya di https://t.co/R8Zq3Tj53u pic.twitter.com/eOMq01tuMD
Kronologi tragedi berdarah Stadium Kanjuruhan
Berikut kronologi tragedi berdarah di Stadium Kanjuruhan:
1. Pertandingan Arema lawan Persebaya bermula jam 8 Waktu Indonesia Barat (WIB) di Stadium Kanjuruhan.
2. Pasukan Arema sebagai tuan rumah tewas 2-3 kepada Persebaya.
3. Pada mulanya, pertandingan berakhir dengan aman. Namun, menurut Kapolda Jawa Timur Irjen Pol Nico Afinta, beberapa penyokong Arema yang kecewa turun ke padang untuk mencari pemain dan pegawai pasukan.
4. Pihak berkuasa yang bertugas di padang melakukan langkah pencegahan dengan melakukan tindakan pengalihan agar penyokong yang merusuh tidak turun ke padang dan mengejar pemain.
5. Tindakan pihak berkuasa tidak berhasil. Kekecewaan penyokong semakin memuncak, diburukkan lagi dengan provokasi balingan objek ke padang.
6. Pihak berkuasa menembak gas pemedih mata bagi meredakan kemarahan penyokong.
7. Akibat tembakan gas pemedih mata, penyokong cuba melarikan diri namun terperangkap dan ada di antara mereka terjatuh dan dipijak.
8. Dilaporkan ada penonton yang mengalami sesak nafas akibat asap gas pemedih mata.
9. Situasi semakin tidak terkawal. Dua kenderaan polis dirosakkan, satu daripadanya dibakar.
10. Penonton juga dilapor membakar fasiliti lain di stadium.
11. Rusuhan juga merebak hingga ke luar stadium. Sejumlah lapan kenderaan polis dirosakkan.
12. Para pemain pasukan Persebaya yang berada di dalam kenderaan polis turut dilempar penyokong Arema.
13. Sekitar pukuljam 3 pagi, Polis Daerah Jawa Timur mengadakan sidang media berhubung kejadian di Stadium Kanjuruhan.
14. Setakat ini, sejumlah 127 orang dilaporkan meninggal dunia, dua daripadanya anggota polis.
15. Arema FC dilarang daripada menganjurkan sebarang perlawanan sepanjang musim Liga 1 2022/2023.
-Laporan asal CNN Indonesia
Insiden kedua terburuk dalam sejarah
The death toll of 127 people at the Arema vs Persebaya last night match now ranks second among the world’s deadliest football matches in history. pic.twitter.com/5uUDl3QSaj
— Nuice Media (@nuicemedia) October 2, 2022
FAM ucap takziah
Salam Takziah
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 2, 2022
FAM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi rusuhan penonton selepas perlawanan Liga 1 Indonesia di antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia, malam tadi.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/hffEM60mhB
Antara mangsa yang dibawa keluar
?? More than 100 people dead because of riot after Arema vs Persebaya match at Stadion Kanjuruhan Malang, police officers action aggravated the situation by shooting tear gas which is prohibited by FIFA regulations pic.twitter.com/QFCDGuzwMd
— ???? ??????? ??? ??????? (@72powpow) October 1, 2022
Bom asap dilepaskan
Video dari adik saya yg nonton di tribun 12 kanjuruhan. Mereka ga rusuh di tribun. Mereka ga anarkis di tribun. Tapi kenapa ditembak bangsaatttt
— Bima Andhika (@Bimantara25) October 1, 2022
ACAB !! pic.twitter.com/2wc6b8ieAy
Penyokong meluru ke padang
The Indonesian football league has been suspended for one week after more than 120 football fans died on Saturday when fighting erupted between Arema and Persebaya Surabaya supporters.#Indonesia #AremavsPersebayapic.twitter.com/muKHE9s2ph
— Sobuj (@sobuj_75) October 2, 2022
Penyokong merusuh
At least 127 dead after the violence at a football match in Indonesia. It all started after Arema lost to Persebaya 2-3#news #BreakingNews #Newsnight #NewsUpdate #NewsBreak #soccer #Indonesia #malang #Persebaya#AremavsPersebaya#arema #Kanjuruhan #bonekjancok #football pic.twitter.com/J5HhbkpzKH
— That Guy Shane (@ProfanityNewz) October 2, 2022
Terkini AWANI Pagi: Rusuhan bola sepak Indonesia
Lebih 127 terkorban dalam rusuhan pada perlawanan bola sepak
Sekurang-kurangnya 127 orang terkorban dalam rusuhan pada satu perlawanan bola sepak di Indonesia lewat malam tadi.
Dilaporkan dua daripada mereka yang terbunuh adalah pegawai polis.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Lebih 100 terkorban, 200 cedera
BREAKING: Over 100 people were killed and 200 injured in a riot at a football stadium in Malang Indonesia, authorities said. #news #BreakingNews #Newsnight #NewsUpdate #NewsBreak #soccer #Indonesia #malang#AremavsPersebaya#arema #Kanjuruhan #bonekjancok #football pic.twitter.com/SXhCPfTId9
— That Guy Shane (@ProfanityNewz) October 1, 2022