Lampard puas dengan aksi The Blues
Astro Arena
Disember 29, 2020 12:01 MYT
Disember 29, 2020 12:01 MYT
FRANK Lampard gembira dengan tindak balas Chelsea ketika berdepan Aston Villa dan berasakan pasukannya tidak bernasib baik kerana tidak memenangi perlawanan itu.
Chelsea seri 1-1 selepas Anwar El Ghazi awal menyamakan kedudukan menafikan jaringan pembukaan Olivier Giroud.
The Blues mengawal 64 peratus permainan dan melakukan 16 percubaan berbanding 10 yang dilakukan oleh Villa tetapi gagal untuk bertahan selepas sekadar meraih dua kemenangan daripada lima perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL).
Namun, setelah menuduh pemainnya "malas" dalam tewas 3-1 kepada Arsenal, Lampard jauh lebih gembira dengan penampilan pasukan menentang Villa.
"Ini seri dengan pasukan yang bagus," katanya. "Persembahannya bagus. Saya fikir kami layak memenangi perlawanan tetapi kami tidak berjaya.
"Kami melalui tempoh sukar dengan mengetahui bahawa kami ingin memperbaikinya.
"Tumpuan pasukan berada di tahap terbaik, Pemain di bahagian sayap kiri beraksi cemerlang, [Ben] Chilwell, Christian [Pulisic] dan Mason [Mount] -- mereka bermain dengan baik sekali."