LaLiga: Dua gol Lewandowski bantu Barcelona ratah Real Madrid di Santiago Bernabeu

Astro Arena
Oktober 27, 2024 09:15 MYT
Aksi Lewandowski meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan LaLiga antara Real Madrid dan Barcelona di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, Sepanyol, 26 Okt 2024. (Foto AP)
REAL MADRID 0 BARCELONA 4
Barcelona menewaskan seteru tradisi, Real Madrid, 4-0 dalam perlawanan El Clasico pertama musim ini untuk mendahului dengan jurang empat mata di puncak LaLiga sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah Los Blancos selama setahun.
Madrid turun ke padang dengan harapan untuk menyamai rekod tanpa kalah paling lama dalam sejarah LaLiga - rekod 43 perlawanan yang dicipta Barcelona kendalian Ernesto Valverde daripada 2017 hingga 2018 - namun tidak berjaya.
Begitupun, penyokong di Santiago Bernebeu seakan terkesima selepas dua jaringan Robert Lewandowski dalam tempoh dua minit di separuh masa pertama untuk mendahului 2-0.
Pemain muda sensasi, Lamine Yamal dan Raphinha turut menempah nama selaku penjaring dalam separuh masa kedua untuk melengkapkan kemenangan bergaya 4-0 di tempat lawan.

FT: #ELCLÁSICO 0-4 A statement win from Hansi Flick's side away at the Bernabéu. #LALIGAEASPORTS pic.twitter.com/Alqvpwh61d

— LALIGA English (@LaLigaEN) October 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, skuad kendalian Hansi Flick melalui minggu yang sempurna selepas turut menewaskan jaguh Jerman, Bayern Munich, 4-1 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), Rabu lalu.
Dua gol pantas Lewandowski memacu penyerang berusia 36 tahun itu untuk meneruskan rekod baik berdepan Real Madrid dengan kini telah mengumpul 10 gol dalam aksi berdepan Real Madrid dalam semua kejohanan dengan ini merupakan jaringan pertamanya menentang Madrid dalam saingan LaLiga.

Defeat in #ElClásico.

— Real Madrid C.F. (@realmadriden) October 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#LaLiga #Real Madrid #barcelona #sepanyol
;