LaLiga: Alvarez tinggalkan Manchester City untuk ke Atletico Madrid dengan perpindahan RM462 juta
Astro Arena
Ogos 13, 2024 10:50 MYT
Ogos 13, 2024 10:50 MYT
JULIAN Alvarez meninggalkan Manchester City untuk menyertai kelab LaLiga, Atletico Madrid, dengan yuran perpindahan yang berpotensi mencecah €95 juta (RM462 juta).
Kelab Sepanyol itu akan membayar pendahuluan €75 juta (RM365 juta) sebelum melunaskan baki €20 juta (RM97.36 juta).
Alvarez melakukan 103 penampilan sepanjang dua musim bersama City sejak menyertai kelab itu dari pasukan gergasi Argentina, River Plate, pada 2022.
Pemenang Piala Dunia bersama Argentina itu memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), satu kejuaraan Piala FA, satu Piala Super UEFA dan Piala Dunia kelab sepanjang mewakili The Citizens.