Lakukan kesilapan, De Gea kekal tenang

Astro Arena
Jun 16, 2018 11:41 MYT
DE GEA: Ia adalah kesilapan daripada bola yang sukar tetapi saya akan meneruskan latihan menjelang aksi penting berdepan Iran. - Gambar fail
DAVID De Gea menegaskan dia tetap menerima sokongan rakan sepasukannya dalam skuad Sepanyol walaupun dia melakukan kesilaan mudah sewaktu seri 3-3 dengan Portugal, awal pagi tadi.
Pemenang Sarung Tangan Emas Liga Perdana Inggeris itu gagal menyelamatkan percubaan jarak jauh Cristiano Ronaldo sebelum babak pertama berakhir sehingga meningkatkan keyakinan bintang Portugal itu.
Sepanyol bangkit dalam separuh masa kedua dan meraih gol ketiga untuk meletakkan diri di depan, namun kegagalan De Gea menghalang bola sepakan percuma Ronaldo di penghujung perlawanan menafikan kemenangan buat La Roja tetapi dia tetap tenang dengan keputusan dan aksinya itu.
"Pengendali sementara, Fernando Hierro, serta rakan sepasukan tetap bersama saya, jadi saya tenang," ujar De Gea.
"Ia adalah kesilapan daripada bola yang sukar tetapi saya akan meneruskan latihan menjelang aksi penting berdepan Iran.
"Kami layak menerima sesuatu yang lebih besar berbanding keputusan seri tetapi inilah bola sepak. Ia boleh berlaku kepada anda dan hanya pemain dalam kalangan kami yang tahu akan kepedihannya," tambahnya.
BACA: Hatrik Ronaldo buat Sepanyol kempunan
BACA: Piala Dunia: Cristiano Ronaldo 3-3 Sepanyol
Iran yang kini mengungguli Kumpulan B selepas menundukkan Maghribi dalam aksi sebelum itu, bakal menjadi lawan seterusnya buat Sepanyol di Kazan, Rabu ini.
#bola sepak #Cristiano Ronaldo #David de Gea #gol #Iran #kesilapan #Piala Dunia #Portugal #sepanyol
;