#lajuIasahlaju: Sokongan, doa rakyat Malaysia buat Siti Noor Iasah

Madiha Abdullah
September 13, 2016 14:21 MYT
#lajuIasahlaju tanda sokongan rakyat Malaysia buat Iasah. - Gambar fail
KONTINJEN Paralimpik negara nampaknya tidak hanya berpuas hati hanya dengan tiga pingat emas.
Kejayaan tiga atlet iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly menjadi pembakar semangat untuk rakan-rakan sepasukan meneruskan buruan pingat di temasya empat tahun sekali itu.
Pagi ini, rakyat Malaysia menerima satu lagi berita gembira apabila Siti Noor Iasah Mohamad Arifin berjaya layak ke peringkat akhir acara 400 meter T20 (wanita).
Atlet berusia 26 tahun itu turut memperbaharui rekod di Sukan Para Asia Incheon, Korea Selatan dengan catatan masa 58.96 saat.
Biarpun bakal bersaing dengan pemilik ranking pertama dunia, Barbara Niewiedzial dari Poland, namun rakyat Malaysia nampaknya tidak melihat pingat emas sebagai sesuatu yang mustahil untuk dicapai Iasah.

Sama2 kita doakn kjyaan Siti Noor Iasah di peringkat akhir acara 400m T20 wnta esk! Misi Emas ke4 Msia! #Paralympics pic.twitter.com/kgFZRsNkNc

— y (@_gadissemasa) September 13, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kalau masa olimpik, you boleh bangun pukul 4.30 pagi nak tengok atlet, jom repeat 4.30 pagi tgk atlet Paralympic, Siti Noor Iasah.

— . (@syvfiqvhliyvnv) September 13, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

So pukul 4:30 pagi nanti (waktu malaysia), siti noor iasah akan beraksi untuk acara 400m T20 Final! #LajuIasahLaju #Paralympics

— HM (@Stupendulous_) September 13, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Go on Iasah. Grab the gold. Possible,we do. Impossible, we try. #LajuIasahLaju #SatuPingatLagi pic.twitter.com/F4uAGgcrDD

— Nizam (@NizamArchibald) September 13, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Another gold for Malaysia in the making. 4th GOLD soon-to-be from Siti Noor Iasah in final 400m. InsyaAllah we can make it. Pray for her /p>— phared shakur (@DeRAF_Z) September 13, 2016

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Show your support to Siti Noor Iasah (400m T20 (w) Final) 4.30 am waktu Malaysia ! #MISIM #LajuIasahLaju #Paralympics

— Bella H (@bellaharon) September 13, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kata-kata semangat dan doa yang diluahkan pengguna laman sosial diharapkan mampu menyuntik semangat untuk Iasah memberikan saingan sengit.
Juga trending di laman sosial adalah hashtag #lajuIasahlaju.
Iasah, yang menduduki ranking ketiga dunia, akan bertanding dalam peringkat akhir jam 4.30 pagi (waktu tempatan) Rabu.
##lajuIasahlaju #Paralimpik #Siti Noor Iasah Mohamad Arifin
;