Lagu 'You'll Never Walk Alone' bergema di Anfield

Hafizi Rosli
Jun 26, 2020 09:21 MYT
Peminat Liverpool meraikan kejayaan menjuarai EPL di luar Stadium Anfield, di Liverpool, Britain, 25 Jun, 2020. REUTERS
RIBUAN penyokong Liverpool berkumpul di pekarangan Stadium Anfield pada Khamis malam (waktu tempatan) bagi menyambut kejayaan pasukan itu menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).
Penantian 30 tahun tanpa gelaran juara EPL, tercapai tanpa aksi menendang bola, selepas Manchester City yang di tangga kedua Liga tewas di tangan Chelsea, dalam saingan awal pagi ini waktu Malaysia.
Suasana di Anfield nyata meriah, dihujani dengan cahaya suar berwarna merah, ditambah pula dengan masing-masing peminat mengenakan jersi 'home' The Reds berwarna merah.
Penyokong juga melaungkan kemenangan dan ada menyanyikan lagi rasmi Liverpool, 'You'll Never Walk Alone' secara beramai-ramai, sungguhpun terdapat arahan untuk elakkan berkumpul secara besar-besaran sebagai usaha mencegah penularan COVID-19.
Liverpool juga merupakan kelab paling awal mengesahkan kejuaraan berbanding juara Liga Perdana yang lain, mengatasi rekod baki lima perlawanan dikongsi bersama Manchester City dan Manchester United.
BACA: EPL: Selepas 30 tahun, Liverpool muncul juara
BACA: EPL: Manchester City ditewaskan Chelsea
BACA: EPL: Liverpool semakin hampir buru gelaran juara
BACA: EPL: Everton dan Liverpool seri tanpa jaringan
Sementara itu, pengurus Liverpool Jurgen Klopp nyata terharu serta seakan tidak mampu berkata-kata kerana terlalu gembira dengan kemenangan itu.
"Jika saya mengulas kembali detik kemenangan ini, saya akan menangis," katanya.
Katanya, ia merupakan hasil ketekunan dan konsistensi yang ditunjukkan pemain sepanjang musim ini.
#Anfield #Chelsea #jurgen klopp #Liga Perdana Inggeris #Liverpool #Manchester City #Manchester United #The Reds
;