Lagi rekod baru daripada Lewandowski
Astro Arena
Oktober 25, 2020 08:50 MYT
Oktober 25, 2020 08:50 MYT
ROBERT Lewandowski mencipta rekod baru Bundesliga dengan jaringan hatrik ketika Bayern Munich menang 5-0 ke atas Eintracht Frankfurt semalam.
Bintang Poland itu meledak gol tiga kali dalam tempoh 60 minit di Allianz Arena sekali gus merekodkan gol yang ke-10 dalam lima perlawanan bagi musim 2020-21.
Tiada pemain mencapai sebanyak bilangan jaringan itu dalam lima perlawanan Bundesliga.
Sebelum ini, pemain berusia 32 tahun itu merekodkan rekod dalam saingan Bundesliga ketika menang 4-1 menyaksikan dia telah menjaringkan gol dalam setiap 18 pasukan yang bertanding, termasuk Bayern.
Lewandowski menjaringkan 55 kali dalam semua pertandingan musim lalu -- sekurang-kurangnya lebih 16 gol daripada mana-mana pemain lima liga utama Eropah -- ketika membantu Bayern memenangi Bundesliga, DFB-Pokal dan trofi Liga Juara-Juara (UCL).