Labuan bakal miliki litar antarabangsa RM7 juta

Bernama
Oktober 22, 2016 15:24 MYT
Litar seluas dua hektar dan sepanjang satu kilometer itu terletak di Kiansam, Labuan. - Gambar fail
Pulau bebas cukai ini bakal mempunyai litar sukan permotoran antarabangsa bernilai RM7 juta apabia projeknya dimulakan awal tahun depan dan siap pada tahun berikutnya, kata Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan, Rafi Ali Hassan.
Beliau berkata litar seluas dua hektar dan sepanjang satu kilometer itu terletak di Kiansam.
Ia akan mengandungi antara lain trek go-kart, motosikal dan drag, katanya. - BERNAMA
#Kiansam #litar antarabangsa #rafi ali hassan
;