La Liga: Kejutan di Nou Camp beri laluan mudah kepada Real Madrid
Astro Arena
April 25, 2022 08:00 MYT
April 25, 2022 08:00 MYT
BARCELONA mengalami kekalahan mengejut 1-0 di laman sendiri kepada Rayo Vallecano bermakna Real Madrid semakin hampir untuk meraih kejuaraan liga.
Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat Catalans, hanya kali kedua mereka berdepan pretasi buruk ini, dengan jaringan Alvaro Garcia menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.
Ini bermakna kelebihan 15 mata Real Madrid dengan berbaki lima perlawanan, meletakkan Los Blancos di ambang untuk bergelar juara.
Perkara itu akan disahkan jika skuad kendalian Carlo Ancelotti mengelak kekalahan kepada Espanyol Sabtu depan.