La Liga: Gol masa kecederaan Marcos Llorente nafi kemenangan Real Madrid
Astro Arena
Februari 5, 2024 11:40 MYT
Februari 5, 2024 11:40 MYT
REAL Madrid terlepas peluang untuk mendahului puncak La Liga dengan kelebihan empat mata selepas dibolosi gol penyamaan pada masa kecederaan ketika berdepan Atletico.
Jaringan awal Brahim Diaz kelihatan sudah memastikan Real mengambil peluang atas keputusan seri tanpa jaringan Girona bertemu Real Sociedad dengan melanjutkan kelebihannya di puncak liga.
Bagaimanapun, Marcos Llorente menghukum pasukan tuan rumah yang leka di penghujung permainan apabila menanduk masuk bola melepas gawang mengatasi penjaga gol, Andriy Lunin.
Keputusan itu menjadikan Real dua mata di depan Girona, yang bertandang ke Bernabeu untuk pertembungan hebat di puncak jadual hujung minggu depan.