LA Galaxy menang, terima kasih kepada IRBAhimovic

Ian Johan Ariff
Julai 5, 2019 19:35 MYT
Gambar tawan skrin dari video sorotan perlawanan LA Galaxy lawan Toronto FC di Twitter @LAGalaxy menunjukkan ejaan yang salah pada jersi Zlatan.
PENYERANG Los Angeles Galaxy, Zlatan Ibrahimovic berjaya menamatkan 140 minit sebarang sebarang gol, selepas menjaringkan dua gol untuk mengalahkan Toronto FC, 2-0.
Gol tersebut dijaringkan pada minit ke-75 dan 89 memastikan kemenangan pada perlawanan Hari Kemerdekaan dalam Major League Soccer (MLS) Western Conference.
Namun apa yang mencuri tumpuan penyokong pada malam itu adalah kesilapan ejaan pada jersi yang dipakai penyerang LA Galaxy itu, yang tertera ‘Irbahimovic’ dan bukannya ‘Ibrahimovic.
Bekas penyerang Manchester United, Barcelona, Paris St-Germain dan AC Milan itu kini sudah menjaringkan 13 gol, empat gol di belakang pendahulu penjaring terbanyak, Carlos Vela dari Los Angeles FC (LAFC).
Kemenangan tidak mengubah kedudukan Galaxy di tangga kedua, enam mata dibelakang pendahulu Western Conference, LAFC yang mengumpul 40 mata daripada 18 perlawanan.
Sementara FC Dallas dan Seattle Sounders FC mengumpul 29 mata, masing-masing di tangga ketiga dan keempat.

The American team beat the Canadian team. Highlights | #LAvTOR pic.twitter.com/dRjJ6oYT6q

— LA Galaxy (@LAGalaxy) July 5, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Irbahimovic #LA Galaxy #LAFC #Los Angeles FC #Major League Soccer #MLS #Toronto FC #Western Conference #Zlatan Ibrahimovic
;