Kyogo Furuhashi diangkat Pemain Terbaik PFA Scotland

Astro Arena
Mei 16, 2023 13:39 MYT
Furuhashi memenangi gelaran Pemain Terbaik 2023 selepas menyumbangkan 30 gol dalam semua pertandingan, 24 daripadanya dalam liga. - Foto Astro ARENA
CELTIC mendominasi Anugerah PFA Scotland apabila pengurus, Ange Postecoglou, dan penyerang, Kyogo Furuhashi, menerima pengiktirafannya pada awal pagi tadi.
Postecoglou dinobatkan sebagai pengurus terbaik oleh rakan sejawatannya selepas membimbing The Hoops mempertahankan gelaran, sementara Furuhashi memenangi gelaran Pemain Terbaik 2023 selepas menyumbangkan 30 gol dalam semua pertandingan, 24 daripadanya dalam liga.
Postecoglou mengetepikan jurulatih kelab St Mirren, Stephen Robinson, James McPake daripada Dunfermline dan Darren Young (Stirling Albion).
Bekas ketua jurulatih Australia itu memberitahu Sky Sports News: “Berdasarkan bukti musim ini, kami telah menjadi pasukan yang lebih baik.
“Kami lebih mendominasi berbanding tahun lalu dan prestasi pemain makin meningkat dalam segala aspek.

A night to remember Thanks to my awesome teammates and the club for this unforgettable evening. Without you none of this would have been possible #CelticPOTY #CELTIC pic.twitter.com/NnUS1F2JU7

— Kyogo Furuhashi (@Kyogo_Furuhashi) May 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Itu sentiasa menjadi cabaran. Kadang-kadang apabila anda sudah berjaya, rasa puas hati boleh menyelinap masuk tetapi saya tidak pernah melihatnya dalam kumpulan ini.”
Furuhashi menyokong penilaian itu selepas mengatasi rakan sepasukan, Callum McGregor dan Reo Hatate, serta penyerang Motherwell, Kevin van Veen, untuk memenangi pengiktirafan utama itu.
Pemain antarabangsa Jepun itu berkata: “Saya sangat bersyukur menerima anugerah ini. Terima kasih kepada semua atas sokongan di sekeliling saya.
“Terdapat banyak calon hebat dan pemain hebat di luar sana, jadi saya sangat gembira memenangi anugerah ini tetapi saya masih ingin menjadi pemain yang lebih baik jadi saya akan terus bekerja keras.”
#Celtic #Anugerah PFA Scotland #Ange Postecoglou #Kyogo Furuhashi
;