Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG

Astro Arena
Mei 11, 2024 09:50 MYT
Aksi Mbappe ketika perlawanan Liga Juara-juara separuh akhir pusingan kedua antara Paris St Germain dan Borussia Dortmund di Parc des Princes, Paris, Perancis, 7 Mei 2024. - Gambar fail/REUTERS
KHABAR angin yang bertiup kencang sebelum ini menjadi kenyataan apabila penyerang utama Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan itu.
Menerusi kenyataannya di X, penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan menyambung kontraknya bersama PSG, selepas hampir tujuh musim beraksi bersama kelab terkemuka Perancis itu.
Bekas pemain AS Monaco itu telah menggondol sebanyak enam kejuaraan Ligue 1 sepanjang beraksi di Parc des Princes.
Selepas ini, Mbappe, berkemungkinan akan menyertai salah satu pasukan terhebat dunia, Real Madrid, bagi meneruskan kerjayanya sebagai pemain bola sepak berpengalaman.

Kylian Mbappé has made the decision to part ways with Paris Saint-Germain at the end of the season. All eyes now turn towards Real Madrid, as Mbappé is expected to embark on a new journey. @KMbappe#TransferNewspic.twitter.com/seNhOuEVgH

— Stadium Astro (@stadiumastro) May 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#PSG #Kylian Mbappe #tamat kontrak #Real Madrid
;