Kylian Mbappe positif COVID-19

Bernama
September 8, 2020 07:30 MYT
Mbappe, 21, bermain untuk pasukan Liga 1, Paris Saint-Germain dan sudah menghasilkan 90 jaringan dalam 124 perlawanan sejak 2017. - Gambar fail
Pemain bola sepak Perancis, Kylian Mbappe menarik diri daripada pasukan negara itu selepas diuji positif COVID-19, lapor Agensi Anadolu.
''Kylian Mbappe tidak akan beraksi dalam perlawanan menentang Croatia. Ujian COVID-19 yang dilakukan UEFA pagi ini - didapati positif, dan dia kini dikuarantin, '' kata pasukan kebangsaan Perancis pada Isnin.
Perancis akan menentang Croatia untuk Liga Negara-Negara pada Selasa.
Mbappe, 21, bermain untuk pasukan Liga 1, Paris Saint-Germain dan sudah menghasilkan 90 jaringan dalam 124 perlawanan sejak 2017.
#bola sepak #COVID-19 #Kylian Mbappe #Liga Negara-negara #Paris Saint-Germain #Perancis