Kylian Mbappe mahu tebus duka kekalahan Perancis ketika Piala Dunia 2022

Astro Arena
Jun 6, 2024 10:20 MYT
Mbappe (kiri) beraksi bersama pemain lawan Enes Mahmutovic dalam perlawanan persahabatan antara Perancis dan Luxembourg di Stade Saint-Symphorien, Metz, Perancis, 5 Jun 2024. REUTERS
PEMAIN baru Real Madrid, Kylian Mbappe, memastikan juara Piala Dunia 2018, Perancis, berada dalam landasan terbaik menjelang sepak mula kejohanan Euro 2024 yang akan berlangsung pada 15 Jun ini.
Bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu menjadi watak penting skuad kendalian Didier Deschamps ketika berdepan Luxembourg di Stadium Saint-Symphorien, awal pagi tadi.
Ia susulan beliau menyumbang dua bantuan jaringan selain menyumbat gol kemenangan pada minit ke-85.

Les Bleus secure a 3-0 win over Luxembourg for their first warm-up match ahead of the Euros #FRALUX | #FiersdetreBleus pic.twitter.com/aYtYzjaNzI

— French Team (@FrenchTeam) June 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebagai rekod, pemain berusia 25 tahun itu sudah melakukan sebanyak 28 bantuan jaringan.
Ini sekali gus mengatasi rekod legenda Perancis, Zinedine Zidane dan Thierry Henry.
#Euro 2024 #Perancis #Kylian Mbappe #Luxembourg
;