Krisis Rusia-Ukraine: UEFA kutuk serangan Rusia

Astro Awani
Februari 24, 2022 06:20 MYT
UEFA turut menegaskan pihaknya sedang menangani situasi tersebut dengan serius dan secara mendesak. - Foto REUTERS
PERSEKUTUAN Bolasepak Eropah (UEFA) mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan ketenteraan Rusia yang berterusan di Ukraine.
UEFA dalam satu kenyataan memaklumkan, sebagai sebuah badan induk bola sepak Eropah, UEFA berusaha untuk membangunkan dan mempromosikan bola sepak berdasarkan nilai-nilai murni diterapkan di Eropah seperti keamanan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia.
Pihaknya tetap tegas dalam bersolidariti dengan komuniti bola sepak Ukraine dan bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Ukraine.
Krisis Rusia-Ukraine: Apa punca sebenar dan perkembangan terkini
UEFA turut menegaskan pihaknya sedang menangani situasi tersebut dengan serius dan secara mendesak.
Keputusan lanjut akan dilakukan oleh Jawatankuasa Eksekutif UEFA dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
#bola sepak #UEFA #Rusia #Ukraine
;