EVERTON menggantung kesemua urusan komersial dan penajaan dengan tiga syarikat Russia berikutan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine.
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengambil langkah drastik dengan memutuskan semua hubungan dengan syarikat USM, Megafon dan Yota -- yang dikaitkan dengan pemilik The Toffees, Alisher Usmanov -- berkuat kuasa serta-merta.
Aset Usmanov telah dibekukan kelmarin sebagai sebahagian daripada sekatan yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah (EU), satu tindakan yang disifatkan jutawan itu sebagai tidak adil dan dia berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang.
Tekanan semakin meningkat kepada Everton untuk menamatkan penglibatan mereka dengan Usmanov yang menyaksikan USM turut menaja gelanggang latihan kelab itu.
Megafon pula merupakan penaja utama pasukan wanita Everton sementara dan logo Yota terpampang di lengan jersi mereka.
Malah, antara pemegang utama saham USM, Farhad Moshiri, juga mempunyai hak untuk mengiklankan jenama syarikatnya di stadium baru The Toffees kelak.
BACA: Krisis Rusia-Ukraine: Pelajar India terbunuh dalam serangan di Kharkiv
Satu kenyataan malam tadi mengesahkan penajaan itu telah digantung dan kelab berkenaan menyatakan sokongan mereka kepada pemain antarabangsa Ukraine, Vitaliy Mykolenko.
"Semua orang di Everton terkejut dan sedih dengan peristiwa ngeri yang berlaku di Ukraine," menurut kenyataan itu.
“Keadaan tragis ini perlu berakhir secepat mungkin dan sebarang kehilangan nyawa lagi harus dielakkan.
“Pemain, kakitangan barisan kejurulatihan dan semua orang yang bekerja di Everton memberikan sokongan penuh kepada pemain kami Mykolenko dan keluarganya, kami akan terus berbuat demikian.
"Kelab ini mengesahkan telah menangguhkan semua urusan penajaan komersial dengan syarikat Russia USM, Megafon dan Yota berkuat kuasa serta-merta."
Astro Arena
Wed Mar 02 2022
Tekanan semakin meningkat kepada Everton untuk menamatkan penglibatan mereka dengan Usmanov yang menyaksikan USM turut menaja gelanggang latihan kelab itu. - Foto Astro ARENA
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea
Dua pemain Chelsea terlibat dalam pertengkaran fizikal mengenai siapa yang harus bertanggungjawab mengambil sepakan penalti.
Bekas jurulatih China bersalah terima rasuah RM47 juta
Li dituduh memberi dan menerima rasuah serta mengambil bahagian dalam mengatur perlawanan.
EPL: Dua sepakan penalti beri sinar harapan buat MU merebut tempat ke UCL
Fernandes dan Rashford meledakkan jaringan melalui dua sepakan penalti ketika Manchester United meraih kemenangan 2-0 menentang Everton.
EPL: Roy Hodgson dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital
Pengendali berusia 76 tahun berkenaan sepatutnya menghadiri sidang media menjelang aksi menentang Everton awal pagi Selasa.
Manchester City kembali di kelompok empat terbaik
Penyandang juara Manchester City kembali berada dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Everton, 3-1.
EPL: Sentuhan magis Garnacho inspirasi kemenangan Man United di Goodison Park
Garnacho sempurnakan hantaran silang Dalot dengan melakukan sepakan gunting yang menembusi gawang seawal minit kedua permainan.
Langgar peraturan kewangan, Everton hilang 10 mata
EPL merujuk Everton kepada suruhanjaya bebas pada Mac atas dakwaan melanggar peraturan keuntungan dan kemampanannya.
Everton berdepan pemotongan 12 mata akibat terus rugi
Ppengelola liga itu dilaporkan meminta suruhanjaya bebas yang mendengar pertuduhan terhadap kelab Merseyside itu agar dikenakan sekatan.
Dua gol Salah julang Liverpool
Kejayaan itu menyaksikan The Reds mengumpul 20 mata bagi mengatasi dua pencabar terdekat - Tottenham Hotspur dan Arsenal.
Luton Town mula sesuaikan diri tekanan EPL
Anak buah Edwards bertahan untuk menentang asakan sengit Toffees dengan gol dijelmakan Tom Lockyer dan Carlton Morris.