Kos akses ke infrastruktur sukan akan diturunkan dalam masa terdekat

Astro Arena
Disember 27, 2022 06:00 MYT
Hannah Yeoh berkata banyak persatuan sukan meminta supaya sewa diturunkan kerana sukar untuk mereka menyewa fasiliti kalau sewanya tinggi. - Foto BERNAMA
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengumumkan perancangan menjalin kerjasama semua pihak termasuk kerajaan bagi memastikan pembangunan sukan dalam negara tidak terganggu.
Rata-rata atlet mahupun persatuan sukan yang tiada tempat latihan sendiri berdepan masalah menampung kos penggunaan infrastruktur yang tinggi.
Lama kelamaan ia menjadi punca menghalang kemajuan sukan dalam negara.
“Dalam libat urus itu juga banyak persatuan sukan meminta supaya sewa diturunkan kerana sukar untuk mereka menyewa fasiliti kalau sewanya tinggi.
“Atlet mahukan lebih banyak kejohanan tetapi bagi penganjur kalau harga sewa tidak diturunkan kejohanan akan menjadi terlalu mahal untuk mereka anjurkan, jadi permasalahan ini perlu diselesaikan bersama,” katanya. - Astro ARENA
#kos akses #Hannah Yeoh #atlet #kos penggunaan infrastruktur #PM10
;