Korea Selatan mendarat di Qatar bawa cabaran besar Kumpulan E

Astro Arena
Januari 11, 2024 13:31 MYT
Pasukan bimbingan Jurgen Klinsmann itu hadir di Qatar menjelang siri perlawanan Piala Asia di mana mereka akan membawa cabaran besar untuk berusaha mengungguli Kumpulan E. - Foto Stadium Astro
PASUKAN gergasi Asia yang menjadi antara pasukan pilihan di kejohanan Piala Asia kali ini, Korea Selatan telah selamat tiba di Hamad International Airport, Qatar semalam.
Pasukan bimbingan Jurgen Klinsmann itu hadir di Qatar menjelang siri perlawanan Piala Asia di mana mereka akan membawa cabaran besar untuk berusaha mengungguli Kumpulan E.
Pasukan yang diberi jolokan 'Taegeuk Warriors' itu sebelum ini berkampung di Abu Dhabi bermula 3 Januari lepas dan telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang Iraq di mana mereka memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 1-0.
Dalam video yang berdurasi lebih kurang 37 saat dikongsi laman Tiktok rasmi AFC Qatar 2023 itu melihatkan sambutan meriah oleh para petugas, peminat, dan penyokong Korea Selatan yang telah pun tiba di sana untuk memberikan sokongan.
Untuk rekod bagi Kumpulan E, pasukan Malaysia dan Jordan telah tiba lebih awal di Qatar manakala pasukan Bahrain dikhabarkan masih belum berlepas kerana mereka akan mengadakan perlawanan persabahatan menentang Angola pada 10 Januari.
Korea Selatan akan memulakan kempen Piala Asia mereka dengan menentang Bahrain pada 15 Januari, diikuti Jordan pada 20 Januari, dan perlawanan terakhir kumpulan menentang Malaysia pada 25 Januari.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Piala Asia #Korea Selatan #Malaysia #tiba di Qatar
;