GEORGE TOWN: Kontinjen Pulau Pinang telah mencapai 98 peratus persiapan bagi menghadapi kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) XXI di Sarawak yang akan berlangsung pada 17 hingga 25 Ogos depan.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang Harry Chai Heng Hua berkata baki dua peratus lagi adalah persiapan mental dalam kalangan 611 atlet yang akan menyertai kejohanan itu.
"Berbaki 32 hari lagi menjelang SUKMA di Sarawak, dari segi persiapan atlit, kontinjen Pulau Pinang memang dalam keadaan baik dan setakat ini telah mencapai 98 peratus, manakala lagi dua peratus itu ialah dari segi persiapan mental serta kami akan "menekan" mereka saat-saat akhir ini.
"Dalam sukan kita kena beri sokongan dan dorongan termasuk "tekanan" hingga saat akhir kepada atlet-atlet bertanding supaya mereka dapat mencapai sasaran yang ditetapkan, terutama menang dalam pertandingan acara mereka," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata secara keseluruhan seramai 786 atlet termasuk jurulatih dan pengurus akan terlibat dalam kejohanan SUKMA di Sarawak tahun ini.
Harry berkata pihaknya juga optimis dapat mencapai sasaran 40 pingat emas pada kejohanan itu berdasarkan kesungguhan para atlet ketika menjalani latihan malah ada di kalangan mereka telah berlatih sejak dua tahun lepas.
"Pasukan negeri ini akan mengambil bahagian dalam 36 jenis sukan daripada keseluruhan 37 sukan dipertandingkan yang melibatkan 488 acara dan berharap sekurang-kurangnya satu pingat emas disumbangkan dalam setiap sukan itu.
"Atlet-atlet kita kebanyakkannya memang berlatih secara berterusan dan yang terpilih ini antara mereka yang terbaik bagi mewakili Pulau Pinang untuk mendapatkan pingat di Sarawak nanti," katanya.
Dalam SUKMA edisi lepas yang diadakan di Kuala Lumpur telah menyaksikan kontinjen Pulau Pinang meraih 30 pingat emas, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 26.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
Dalam SUKMA edisi lepas yang diadakan di Kuala Lumpur telah menyaksikan kontinjen Pulau Pinang meraih 30 pingat emas, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 26. - Gambar Bernama
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Sukma 2024: Polis buka kertas siasatan insiden di gelanggang silat
Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan insiden membaling objek dipercayai botol air ke dalam gelanggang saingan acara silat Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Stadium Bandaraya Miri, semalam.
Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak
Skuad Sepak Takraw Kelantan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak Ogos depan.
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.
Atlet memanah diberi tempoh dua minggu jawab isu doping - NAAM
Namun, sehingga kini badan induk sukan itu tidak boleh menyatakan nama atlet tersebut dan warna pingat yang diperoleh di Sukma Sarawak Julai lepas.
Empat atlet Sukma Sarawak positif ujian doping
Empat pemenang pingat Sukma Sarawak didapati positif menggunakan bahan terlarang.
Selangor juara Sukma 2016, namun Hafiz Jantan akan diingati
Hasrat Sarawak untuk menjulang juara keseluruhan edisi Sukma kali ini dipintas Selangor dengan perbezaan dua pingat emas dalam saingan penuh dramatik.
Atlet Sukma Sarawak maut kemalangan
Mangsa Muhammad Syafiq Halias, 15, yang menunggang motosikal jenis Honda bersama rakannya yang juga pembonceng Muhammad Syafiq Hasnan, 15, sedang dalam perjalanan untuk menghadiri latihan.
Persiapan penuh Sukma Sarawak bermula hari ini
Ini termasuk memastikan urusan kemudahan penginapan dan pengangkutan atlet sepanjang temasya dari 22 hingga 31 Julai depan akan berjalan lancar.