KOM sahkan World Athletics iktiraf rekod 100m milik Zaidatul Husniah

Astro Arena
Januari 7, 2025 11:55 MYT
Zaidatul memecahkan rekod kebangsaan ketika di Kejohanan Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V di Stadium Tuanku Syed Putra, Oktober lalu. - Gambar fail/ Astro ARENA
KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) hari ini mengesahkan rekod 100m dengan catatan masa 11.49s yang dicipta ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, diiktiraf oleh Olahraga Dunia (World Athletics atau WA).
Wartawan Astro Arena, Karl Nunis, melaporkan maklumat terkini itu sebentar tadi mengenai status pelari kelahiran Alor Setar yang memadam rekod bekas pelari pecut negara, Shanti Govindasamy, dengan catatan masa 11.50s, sebelum ini.
Zaidatul memecahkan rekod kebangsaan itu ketika di Kejohanan Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V di Stadium Tuanku Syed Putra, Oktober lalu.
BACA: World Athletics tidak iktiraf rekod 100m Zaidatul Husniah?
BACA: Zaidatul optimis KOM mampu selesaikan isu rekod kebangsaan tidak diiktiraf
BACA: Zaidatul Husniah perlu tunggu pengesahan WA - Ballard
Laporan penuh di Nadi Arena jam 7.30 malam ini. - StadiumAstro

TERKINI !!!! Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sahkan rekod 100m, 11.49s milik Zaidatul Husniah diiktiraf Olahraga Dunia (WA). Butiran lanjut, Nadi Arena 8pm ini. @ASTROARENA pic.twitter.com/Ilj0ngiNBl

— karlnunis (@_karlnunis) January 7, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kesatuan Olahraga Malaysia #World Athletics #rekod 100m #Zaidatul Husniah Zulkifli
;