Koay Hao Sheng julang nama Malaysia dalam Tenis Terbuka Pattaya 2023

Nickyson Nyambar
April 9, 2023 23:54 MYT
Hoa Sheng ketika dihubungi Astro AWANI berkata, dia berasa sangat teruja untuk kembali ke gelanggang selepas empat bulan tidak beraksi. - Instagram @haoshengkoayy
PEMAIN Tenis Kebangsaan, Koay Hao Sheng mempamer aksi cemerlang selepas menjuarai perseorangan lelaki dalam Terbuka Pattaya 2023 pada Ahad.
Pemain berusia 25 tahun dari Perlis itu menewaskan Guntinun Sootinun-Opart dari Thailand dengan mata (6-3, 6-1) dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Greta Resort and Sport Club, Pattaya.
Hoa Sheng ketika dihubungi Astro AWANI berkata, dia berasa sangat teruja untuk kembali ke gelanggang selepas empat bulan tidak beraksi.
"Ini merupakan kejohanan pertama untuk tahun ini dan saya sangat gembira dengan kemenangan ini.
"Kemenangan dan kejohanan ini adalah persiapan untuk saya ke Sukan Sea di Kemboja. Sudah pasti kemenangan ini memberikan keyakinan sekali gus untuk memberikan yang terbaik.
"Selain itu, harapan saya agar bersama-sama dengan pasukan Malaysia dapat mengharumkan nama negara," katanya.
Beliau juga berpuas hati dengan keputusan kejohanan yang berterima kasih kepada penaja, keluarga dan rakan-rakan yang memberi semangat serta sokongan dalam perjalanan menjuarai perlawanan itu.
Katanya, kejohanan itu akan menjadi pemangkin semanagt untuk beraksi dengan lebih baik dalam Sukan Sea di Kemboja tahun ini.
#tenis #Terbuka Pattaya 2023 #Tenis Kebangsaan #Koay Hao Sheng
;