KO 5 saat: Petarung negara Jihin, Jordan Boy terkejut dengan kekalahan Ben Askren
Hilmi Ismail
Julai 9, 2019 00:47 MYT
Julai 9, 2019 00:47 MYT
Bekas juara welterweight ONE Championship, Ben Askren pada Ahad menerima kekalahan pertamanya sebagai petarung seni bela diri campuran (MMA) profesional.
Dia tewas ditangan Jorge Masvidal secara 'knockout' seawal saat kelima dipusingan pertama menerusi 'tendangan lutut terbang' ketika acara UFC 239.
Rata-rata peminat MMA terperanjat dengan kekalahan mengejut Askren kerana sebelum ini dia dilihat sebagai petarung yang dominan dalam kesemua 19 pertarungan MMA-nya.
Turut terkejut dengan kekalahan itu ialah petarung MMA negara, Jihin 'Shadow Cat' Radzuan.
Jihin kekita ditemui di acara 'ONE: Masters of Destiny Open Workout' di ibu negara pada Selasa, mengakui skill gusti Askren memang berapa pada tahap yang tinggi. Namun lawannya Masvidal boleh membaca strategi tersebut.
"Pada pertarungan kali ini, kita boleh lihat lawannya (Masvidal) memang sudah berlatih gerak tersebut (tendangan lutut)," katanya.
"Gerakan 'lutut terbang' memang susah nak buat jika tidak berlatih dengan betul. Jadi dia (Masvidal) memang bertungkus-lumus berlatih untuk pertarungan ini.
"Dia memang sudah membaca gerakkan Ben Askren, dia tengok semua pertarungan Askren sebelum ini dan kesemuanya ada cubaan 'take down'. Jadi kali ni Masvidal ambil risiko (dengan tendangan lutut) dan dia berjaya," kata Jihin lagi.
Tidak ketinggalan jaguh Muay Thai negara, Mohammed 'Jordan Boy' Mahmoud juga terkejut ketika menyaksikan pertarungan tersebut.
"Saya memang terkejut sebab dia tidak pernah kalah. Dia seorang petarung yang hebat dan penggusti yang sangat bagus," kata Mohammed.
"Ben Askren tahu lawannya (Masvidal) tidak berapa mahir dengan 'ground game' jadi Askren memilih untuk terus membuat percubaan 'take down'.
"Lawannya pula seakan boleh membaca gerakan Askren jadi dia terus buka pertarungan dengan tendangan lutut yang kena tepat pada kepala. Jadi dia memang bernasib baik," tambah Mohammed lagi.
Kedua-dua jaguh sukan tempur negara ini sekali lagi akan beraksi di pentas antarabangsa di acara ONE: Master of Destiny yang akan berlangsung pada 12 Julai ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Selain Jihin dan Mohammed, dua lagi petarung negara iaitu Ev Ting dan Saiful Merican bakal turut serta bertarung pada acara yang sama.
#Ben Askren
#Jihin Radzuan
#Jordan Boy
#Jorge Masvidal
#MMA
#Mohammed Mahmoud
#ONE Championship
#ONE MASTERS OF DESTINY
#seni bela diri campuran
#UFC
#UFC 239
#welterweight