Klopp yakin Liverpool berhak dapat dua sepakan penalti

Astro Arena
Mac 11, 2024 09:10 MYT
Klopp bertepuk selepas perlawanan EPL antara Liverpool dan Manchester City, di Stadium Anfield, Liverpool, England, 10 Mac 2024. (Foto AP)
JURGEN Klopp menegaskan bahawa Liverpool wajar diberikan sepakan penalti pada waktu kecederaan sebelum menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 1-1 ketika bertembung dengan juara bertahan Manchester City, semalam.
Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sedang rancak itu dihentikan seketika pada minit terakhir perlawanan bagi memberi laluan buat pengadil melakukan pemeriksaan video bantuan pengadil (VAR) selepas Jeremy Doku menerjah kakinya ke arah badan Alexis Mac Allister, tetapi tiada penalti diberikan.
Pada awal separuh masa kedua The Reds telahpun diberikan sepakan penalti selepas Darwin Nunez dijatuhkan pada pada minit ke-46 untuk memberi peluang kepada tuan rumah menyamakan kedudukan.
"Dalam situasi begitu di atas padang, ia 100 peratus satu kesalahan dan layak diberikan kad kuning.
"Kerana Jeremy Doku jelas menyepak bola tetapi kakinya diangkat tinggi dan sekiranya bola tidak ada di situ maka dia akan menyepak Alexis Mac Allister, semudah itu situasinya.
"Situasi itu adalah penalti untuk semua individu dalam bola sepak. Ia adalah penalti untuk semua individu dalam bola sepak. Jika anda berfikiran bahawa situasi itu bukan penalti maka mungkin anda bukan peminat bola sepak."

Should Liverpool have been awarded a penalty for this challenge from Doku on Mac Allister in the final minute of the game? pic.twitter.com/ceEm47kiU4

— Football on TNT Sports (@footballontnt) March 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#jurgen klopp #EPL #Liverpool #sepakan penalti
;