Klopp tewaskan Flick dalam Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA

Astro Arena
Disember 18, 2020 11:22 MYT
Jurgen Klopp. - Gambar fail
JURGEN Klopp memenangi Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk tahun kedua berturut-turut selepas Liverpool menamatkan penantian kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.
Klopp memastikan Liverpool menjulang gelaran EPL musim 2019-20 untuk menamatkan penantian 30 tahun pasukan itu dalam menjulang gelaran liga utama.
Pengiktirafan FIFA itu merupakan yang kedua sejak 12 bulan lalu selepas dia memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat Liverpool.
Dalam memenangi anugerah itu, pengurus Liverpool berkenaan mengetepikan jurulatih Bayern Munich, Hansi Flick, dan pengendali Leeds United, Marcelo Bielsa.
Flick tidak terpilih biarpun memenangi gelaran 'treble' buat Bayern musim lalu dengan menjuarai Bundesliga, DFB-Pokal dan UCL.
Ia mungkin disebabkan dia masih bertindak sebagai pembantu kepada Niko Kovac pada 20 Julai 2019 -- tempoh penilaian anugerah itu mula diambil kira.

Get in, ! Jürgen has won #TheBest FIFA Mens Coach 2020 award pic.twitter.com/LO0V67db1f

— Liverpool FC (@LFC) December 17, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Klopp ternyata lebih menjangkakan Flick akan memenangi anugerah itu apabila kelihatan terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang.
"Saya terkejut. Saya berada di sini kerana memenanginya musim lalu, jadi saya mahu menunjukkan rasa hormat apabila dicalonkan walau apa jua keputusannya," katanya.
Liverpool kembali ke puncak EPL selepas merekodkan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Tottenham awal pagi semalam.
#jurgen klopp #Jurulatih Lelaki Terbaik #jurulatih #anugerah #FIFA #bola sepak #Liverpool #EPL #UCL #Hansi Flick #Marcelo Bielsa
;