Klopp kini di media sosial
Sinar Harian
Mei 19, 2024 08:20 MYT
Mei 19, 2024 08:20 MYT
PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp tidak pernah terjebak dengan media sosial akhirnya menjadi popular serta-merta menjelang perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pengurus The Reds pada Ahad ini.
Pada Januari lalu, Klopp mengumumkan akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim ini, mengemudi kelab Merseyside tersebut menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Anfield.
Pada 2020, Klopp berkata dalam temu bual bahawa dia tidak pernah memahami media sosial, mengatakan dia terlalu tua untuk semua tersebut.
Namun bekas pengendali kelab Bundesliga, Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
“Meninggalkan tempat yang luar biasa ini sukar, namun saya mahu terus berhubung dengan anda.
“Dan walaupun saya bukan seorang lelaki media sosial, orang memberitahu media sosial membantu untuk berhubung. Jadi, ayuh di sini kita berjumpa!,” kata Klopp dalam catatan pertamanya melihat kembali legasinya di Liverpool.
Sebagai rekod, Klopp meninggalkan Liverpool selepas mengendalikan hampir 500 perlawanan, memenangi trofi termasuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama The Reds, Liga Juara-Juara, Piala FA dan dua Piala Liga. - Sinar Harian